Saturday, March 31, 2007

009



"~reading without reflecting... is like eating without digesting~"


diri ini amat tertarik dengan kata-kata Leo Aikman dalam menggambarkan sebuah organisasi...

"the body of every organization is structured from four kinds of bones. there are the wishbones, who spend all the time wishing someone would do the work. then there are the jawbones, who do all the talking, but little else. the knucklebones knock everything anybody tried to do. fortunately, in every organization there are also the backbones, who gets under the load and do most of the work."

maka evaluasi diri kita, antara keempat-empat tulang yang dinyatakan, yang mana satukah kita? adakah kita ini jenis 'wishbones' ( seperti yang terdapat pada bahagian ayam) yang hanya mengharapkan sahabat lain yang bekerja, ataukah kita ini 'jawbone' (tulang rahang) yang hanya banyak berkata-kata dan sedikit bekerja, mungkinkah kita ini 'knucklebone' (tulang buku jari) yang tugasnya senantiasa menjadi penghalang sahabatnya bekerja? apakah kita ini merupakan 'backbones' (tulang belakang) organisasi kita yang sibuk terbeban dengan gerak kerja organisasi? pada andalah segala jawapan..

oleh kerana diri ini sememangnya amat tertarik dengan subjek biologi, maka diri ini ingin berkongsi sedikit tentang kejadian tulang-tulang ini. tulang-tulang diatas, secara biologinya, perlu melalui proses pembentukkan tulang yang dikenali sebagai 'osteogenesis'. dalam proses ini, sel-sel perlu melalui beberapa tahap bermula dari sejenis sel yang tidak mempunyai sebarang pengkhususan, dikenali sebagai sel 'osteogenic'. kemudian membahagi membentuk 'osteoblast' lalu merubah kepada 'osteocytes' dan akhirnya protein serta kalsium yang terdapat pada sel tulang ini diserap semula dalam proses pereputan (break down) untuk digunakan dalam proses penghasilan tulang baru. dimana diketahui hampir 90% kalsium badan tersimpan di dalam tulang.

sahabat yang diri ini kasihi, Maha Suci Allah, tersusun indah proses 'osteogenesis' yang memberi kekuatan kepada struktur badan kita! 'nah' begitu jugalah hendaknya sesebuah struktur organisasi itu, sel-sel atau penggerak-penggerak organisasi itu perlu melalui beberapa tahap sebelum benar boleh memegang tampuk kepimpinan. diri kita seharusnya bermula hanya sebagai seorang mahasiswa (osteogenic cell), lalu tertarik membantu gerak kerja organisasi (terkhusus menjadi osteoblast), setelah didedahkan dengan pelbagai urusan gerak kerja (urusan gerak kerja = kalsium), kita ditarik menjadi ahli jawatankuasa (osteocytes) dan setelah cukup syaratnya kita diberi peluang memegang tampuk kepimpinan, dengan ilmu gerak kerja yang tersimpan di dada maka kita telah pun sampai ke tahap dimana ilmu-ilmu itu perlu dipeturunkan kepada anak-anak buah sebelum kita berundur pergi (seperti mana 'osteoclast' mengalami proses resapan semula mineral dan kalsium sebelum mereput bagi membentuk sel baru).

sahabat yang diri ini kasihi, selain mengalami proses pereputan secara semulajadi, tulang-tulang juga mengalami proses penuaan pada kadar yang cepat seiring dengan peningkatan umur. proses ini dikenali sebagai 'dimineralization' dimana tulang-tulang badan akan mengalami kekurangan bekalan kalsium. oleh sebab itulah kita dinasihati doktor untuk mengamalkan pengambilan susu 'anlene'. Walaupun 'anlene' tidak termasuk dalam senarai makanan ruji kita, namun pengambilan 'anlene' adalah disarankan agar tulang-tulang badan dapat kekal sihat.

maka hal yang sama juga berlaku pada diri-diri penggerak organisasi, apakah hanya dengan pendedahan terhadap gerak kerja, kursus kepimpinan dan pelbagai lagi sudah cukup untuk kita memimpin organisasi agar terus cemerlang? ketahuilah kecemerlangan sesebuah organisasi itu terletak pada individu yang menggerakkan organisasi tersebut. untuk membentuk individu yang hebat, penggerak juga memerlukan 'anlene' nya, dan susu anlene kita ialah senantiasa mengamalkan amalan-amalan sunat disamping memelihara ibadat wajib. di situlah letaknya kehebatan seorang penggerak organisasi itu, menjaga dan mengukuh serta mempertingkatlan amalan ibadatnya terhadap yang Maha Mencipta. kawal rapi lah tilawah dan tadabbur al-Quran, peliharalah qiammullail, beristighfar dan berpuasalah.

~'menulis tanpa mengambil iktibar... ibarat makan tanpa mencerna'~

[as posted in pmi-daily 20 december 06']
please excuse d skema-ness. =)

No comments: