KONFIUS ATAU PREJUDIS?
kes I:
sehingga kini ketegangan di Palestin masih belum terlerai apatah lagi dengan pelbagai cubaan membunuh para pemimpin Hamas masih berterusan. ini terbukti apabila kumpulan bersenjata Fatah telah cuba membunuh Ahli Majlis Undangan Hamas, Dr Younis Al-Astal pada jumaat lalu walaubagaimanapun niat mereka gagal. akan tetapi, seorang pemimpin politik Hamas, Mohammed Odeh telah ditembak mati pada rabu lalu dihadapan rumahnya ketika beliau dalam perjalanan untuk bersolat di masjid berhampiran. (palestinkini.info).
namun dalam kekalutan ini, timbul pula suara-suara sumbang kononnya 'kerajaan militant' Hamas telah menyebabkan berlakunya kucar-kacir di negara sendiri!! ini sudah tentunya satu pembohongan yang dilemparkan pada sebuah badan yang bersungguh-sungguh ingin membebaskan negara dan agama dari cengkaman zionist! rentetan sejarah telah membuktikan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Hamas, apakah dek kerana kesempitan wang yang dialami oleh mereka lantaran keengganan Hamas 'merestui' kewujudan israel lalu Hamas perlu bertindak melupakan prinsip mereka?? dan tidakkah demonstrasi di palestin satu titik permulaan berlakunya pertelingkahan ini adalah kerana 'satu pihak lain' meminta Hamas 'berdamai' dengan israel agar 'bantuan kewangan' dapat disalurkan? dan apakah benar Hamas tidak mahukan perdamaian? tidakkah Hamas yang menginginkan genjatan senjata??!
sekali lagi Hamas telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya terhadap Palestin. mereka kehilangan para pemimpin mereka disebabkan prinsip Hamas yang tidak akan mengalah kepada tusukan-tusukan jahat zionis dan kuncu-kuncunya. Namun keguguran mereka di medan peperangan inilah yang amat-amat diingini oleh para pemimpin Hamas seperti ucapan as-syahid ar-rantissi selepas kematian sheikh ahmad yassin
"It's death, whether by killing or by cancer. Nothing will change. If by Apache [helicopter] or by cardiac arrest, I prefer Apache,"
dan beliau turut mengikut jejak Sheikh ahmad yassin setelah baru 28 hari memegang tunggak kepimpinan Hamas. malah keikhlasan perjuangan Hamas ditunjukkan atas sikap para pemimpin mereka yang mengutamakan rakyat dan negara dari diri mereka sendiri. dan oleh kerana ketaksuban mereka ingin membebaskan Palestin mereka tidak mengendahkan kesihatan mereka seperti yang dialami oleh PM Palestin Ismail Haniyeh baru-baru ini yang pengsan ketika sedang berucap di khalayak ramai. namun setelah sedar kata-kata ini yang muncul dari mulut beliau
“Meskipun badan kami letih, tetapi tidak roh kami. Kami tidak akan menghentikan ketabahan ini,’’
maka adalah sangat hairan apabila Hamas boleh dituduh sebegitu rupa... apakah mereka-mereka yang menuduh ini sebetulnya konfius atau sememangnya prejudis??
==============================================
kes II:
bukan niat saya untuk mencampuri urusan politik apatah lagi berpolitik, akan tetapi atas rasa ketidak-puasan-hati terhadap idea-idea atau penulisan-penulisan yang menggoyahkan prinsip yang dipegang dan dipercayai oleh diri ini maka saya rasa terpanggil untuk 'menegur' tulisan-tulisan biadap tersebut. melihat seorang penulis yang bergaya ala-ala wog (western oriented gntlemen) dengan bowtie dan pipe, diri rasa terpegun apatah lagi dangan penulisan yang menarik dalam bukunya to digress a little (sekali lagi saya tidak berniat untuk berpolitik dan komen saya ialah tulisan nya menarik tidak bererti saya mempercayainya).
namun buku terbaru si penulis ini menimbul keraguan yang amat dalam dan membangkitkan kemarahan yang amat sangat pada diri ini. dimana dalam penulisan terbarunya, katanya menurut analisis yang telah dia jalankan, pelaksanaan syariah di negara-negara islam telah menyebabkan negara-negara tersebut mengalami kejatuhan!
si penulis telah mengambil contoh negara-negara islam seperti Mesir, Pakistan dan Afghanistan sebagai bukti kajiannya. dia tambah lagi, hukum syariah tidak dapat dilaksanakan kerana tidak menyeluruh dan tidak dapat merangkumi semua urusan kehidupan masyarakat masa kini. lalu si penulis ini mengambil contoh penggunaan ATM machine di mana tiada hukum syariah yang dapat dijadikan contoh untuk penggunaannya dan dia memberikan pula contoh hukum sekular yang dapat diaplikasikan dalam penggunaan ATM machine. dia teruskan lagi, hukum sekular malah hukum undang-undang laut melaka telah terbukti keberkesanannya akan tetapi hukum syariah yang dijalankan di negara-negara islam telah merosakkan negara tersebut dan si penulis bnyak menekankan hukum hudud berbanding syariah!saya merasa lebih hairan apabila si penulis berkemampuan untuk 'quote' beberapa ayat al-Quran dalam menegakkan analisisnya! penulis seterusnya menyatakan bahawa golongan-golongan yang menginginkan perlaksanaan syariah ini adalah amat membahayakan kepada pertumbuhan negara dan harus diletakkan disebalik ' a tall wall' (penjara??).
saya bukan lah seorang 'penganalisa hebat',akan tetapi saya amat merasakan bahawa seorang 'penganalisis hebat' tidak diperlukan untuk mengetahui yang negara-negara islam kini hampir keseluruhannya diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang berfikiran sekular. jika tidak kerana ini, sudah tentu golongan ulama dan pemimpin negara islam ini dapat bersatu. jika tidak kerana ini sudah tentu tidak perlunya perjuangan ikwanul muslimim di mesir. jika tidak kerana ini sudah tentu sheikh maulana maududi tidak perlu menytakan
"para pemimpin selalu melihat kerosakan akhlak rakyat lalu menyalahkan ulama, jika mereka menanam pokok epal mana mungkin boleh mengharapkan buah oren terhasil?"
adalah amat cetek pemikiran si penulis bila berkata hukum syariah sempit! lagi dangkal sungguh pemikirannya apabila menggunakan ATM machine sebagai contoh! walhal hukum islam itu amat menyeluruh mana mungkin hukum yang didatangkan kepada kita oleh Allah tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian? sedangkan islam itu sesuai sepanjang zaman? apakah benar telah terbukti keberkesanan hukum sekular? berkesan kah hukumnya sedangkan jenayah kian meningkat? bukan kah kes rogol yang sungguh dasyat melanda negara kita sekarang ni membuktikan hukum sekular tidak cukup keras? apabila islam meletakkan hukum bunuh kepada si perogol sudah tentu itu adalah penyelesaian terbaik! ambil satu saat seandainya anda sendiri dirogol atau ibu anda dirogol apakah hukum yang anda ingin dirasai si perogol? penjara 6 tahun? sebat 18 kali? kemudian dibebaskan agar dia boleh merogol lagi? sedangkan sekurang-kurangnya perlaksanaan hukum hudud di arab saudi menyebabkan kadar jenayah kecurian di sana sngat menima sehingga para peniaga dapat meninggalkan kedai mereka tanpa berkunci.
saya tidaklah menghabiskan bacaan tentang buku terbaru si penulis kerana amat jelik dengan idea nya dan tidaklah saya berniat hendak membeli bukunya kerana tidak saya rasakan penting untuk memperolehinya. cuma saya rasa hairan apakah si penulis yang beragama islam yang tinggal di negara bernama Malaysia yang berkebolehan menulis hingga suatu ketika diberi platfom yang terkemuka untuk menyatakan ideanya bisa came out with such a book? apakah benar si penulis sebetulnya konfius atau sememangnya dia prejudis?
[as posted in pmi-daily 8 october '06]
No comments:
Post a Comment