(a paste of a philosophic conversation)
korang misti suke berangan kan??.. cuba korang bayangkan binatang kat atas ni tengah kejar korang (cepat bayangkan!!)... dengan bunyi dengusan die yang sangat kuat.. binatang kat atas ni dengan semangat nyer nak tanduk korang... (begegar-gegar tanah..) maka korang pon lari la nak selamatkan diri dengan sekuat kuat kuat hati.. aduh alangkah bagus kalau kt ada 2 nyawa.. sekali dah lari gile-gile.. korang sampai kat sungai (bayangkan... bayangkan..) pas tu plak korang prasan ada dua tiga ekor buaye (bayangkan) kat dalam sungai tu.. sedangkan binatang kat atas ni tengah semangat nak taduk korang ni!!! aduh apa nak buat ???
maka dengan befikir pendek.. korang pecut kuat lagi.. pas tu dengan penuh harapan padaNya korang pon lompat ke tebing belah sana (sambil berdoa tk t'jatuh ke sungai berbuaye tu..) dan menakjubkan.. aksi SUPERMAN korang tu menjadi!!! korang pon terselamat dari tandukkan binatang di atas dan bahaman buaye di sungai tu.. maka dengan rasa syukur gile+ pelik ya amat+ hairan sungguh korang pon blah dari situ sambil tertanya-tanya 'betul kah aku yang berSUPERMAN tadi??"
dan soalan terpelik sebenar nyer ialah... "mane pegi nye kebolehan-kebolehan 'SUPERMAN' kita selama ni??"... dan soalan ter ter terpeeelik lagi sebenarnyer ialah..."macam mana nak get in touch ngan SUPERMAN korang ni??" haaaaa... ni la nak cite sebenar nyer ni...
kalau korang nak tau.. sebenar nyer la kan.. SUPERMAN tu sentiasa je ada kat korang cume masalah nye korang je tak reti-reti nak berkenalan dan get in touch ngan die... ( biasa la SUPERMAN ni bsikap tawadduk klu korang kenal, kenal la, tak kenal.. SUPERMAN tk kesah..). siape SUPERMAN ni sebenar nye?? jeng..jeng..jeng..
SUPERMAN buat pengetahuan sume amat bekait dengan our INNER SELF sebenar-benar nyer... kebolehan-kebolehan di luar jangkaan a.k.a aksi-aksi SUPERMAN ni was actually built within us. masalah nye sekarang ni ialah macam mana nak kita nampakkan dan aplikasikan ke-SUPERMAN-an kita ni in our daily life.. haaaaa amacam??
our INNER SELF hanya mampu dan dapat diterjemahkan jika dan hanya jika kita ketahui, dan kembali kepada FITRAH!!! setelah mengenali fitrah, kita lansung berkenalan dengan our inner self maka terus berhubung dengan our hidden abilities (kebolehan2 tersorok)!! maka ternampak dan terraplikasilah SUPERMAN tu!! so sekarang ni...apa fitrah kita??
dalam 30:30 Allah ada sebut 'Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'.
fitrah itu ialah ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama yaitu agama tauhid. jadik nyer kita perlu kembalikan diri kita kepadaNya dengan mengamalkan seluruh isi islam 2:208! in order for us to be and to always be a SUPERMAN it is crucial utk kita connect ourself with ISLAM! bagaimana?? dengan beriman kepada ayat-ayat Allah dan trus amik pelajaran darinya as stated in 4 different verses of the same surah 'dan sesungguhnya telah kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?'(54:17/22/32/40).
tak cukup dngn tu Allah tegur lagi kita-kita yang dah dapat ayat2 Allah ni tapi still tak confident to fully accept it!! "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. "(35:32).
tepuk iman evaluasi diri sendri tahap manakah kita? yang buat deq jer bila dngar ayat2 Allah atau yang kesalahan n kebaikan die lbey kurang same ke atau yang mmg b'buat baik?.. tak cukup dengan itu ada yang kata 'aku still tk leh nk ubah la.. tp aku tau aku buat ni salah.. tapi tu la.. tak tau la knape tp memang susah la nak berubah ni..'
korang nak tau kenape?? terang-terang Allah dah warn dah..
"... akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar". "Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". "Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai". "Pastilah bahwa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang merugi". (16:106-109)
bukan nye 'still tk leh ubah' sebenarnyer sendri tk nk berubah... sendri sebenarnyer rase selesa (b'lapang dada) pada kesalahan-kesalahan yg dibuat!! memang faham.. sangat-sangat faham nak berubah kembali kepada FITRAH ni plu face pelbagai cobaan.. first skali kita slalu nyer risau people nyer impression 'nnt dong kate ape??'.. rilek la.. kan nabi s.a.w pon dah pesan "islam bermula sebagai asing(pelik) dan akan kembali menjadi asing seperti awalnya. maka berbahagialah orang-orang yang asing itu"(sahih muslim no:145)
maka klu kt nak berubah... nak berhijrah... go ahead!! kembali lah kepada FITRAH insya Allah korang nyer SUPERMAN ability akan terserlah!! "Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(16:110). tak ke jihad paling besar itu ialah lawan nafsu kita??!! clean n clear Allah cakap kat sini Allah akan lindung kita klu kt b'hijrah dan pertahan kan perubahan itu dengan jihad melawan nafsu with sabar as our weapon!! dan Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang!
dan since kita ada kat dalam pesta bulan ibadat ni... ape kate kt bawak-bawak diri kita untuk kembali kepada FITRAH!! Allah bagi kita satu bulan penuh utk syaitan kna gari n nafsu kita slow down skit... amik la oppurtunity sebulan ni je try allow ourself to get in touch with our inner self... evaluate balik diri ni... n cayalah klu kita betul-betul dah eksplorasi FITRAH kita dengan b'sungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan ni.. b'sungguh-sungguh beribadat (puasa etc) di bulan ini as Allah state "...mudah-mudahan (sebab bukan senang2 nak reach tis level) kamu bertakwa" (2:183) insya Allah kita akan rasa the SUPERMAN level pada hari perayaan FITRAH kita di awal Syawal!! selamat kembali kepada FITRAH
[as posted in pmi-daily 24 sept 06']
No comments:
Post a Comment